Ulasan dari Invent & Wander, karangan Jeff Bezos, terbitan HBR


Sebenarnya buku ini adalah rangkuman surat-surat Jeff Bezos kepada pemegang saham Amazon dari tahun 1997-2019, juga temuramah beliau dalam beberapa siri talkshow dan di US Congress


Amazon bermula dengan kepercayaan mak ayahnya terhadap idea beliau jual buku dalam talian – dan Bezos menyifatkan pelaburan mak ayahnya sebagai pelaburan yang tidak diketahui pulangannya, namun mak ayahnya tetap percaya.


Tulisan Jeff ini sebenarnya sangat membantu untuk develop thought process yang matang dan berimpak tinggi, lebih-lebih lagi dalam organizational stewardship.


1. “Regret minimization framework”

Dalam halaman awal, beliau cerita tentang “regret minimization framework” – atau kerangka pengurangan penyesalan kalau diterjemah secara literal.
“I want to have minimized the number of regrets I have, and I knew that when I was eighty, I was not going to regret having tried this.


2. “Mercenaries vs missionaries”
Mercenaries adalah askar upahan, manakala missionaries adalah pendakwah; kalau kita terjemah secara literal.

Setiap kali Jeff berjumpa dengan pemilik syarikat yang Amazon nak beli, Bezos akan buat penilaian – sama ada pemiliknya semata nak buat duit atau sememangnya ghairah berkhidmat untuk pelanggan – adakah dia missionary atau mercenary?

Mercenaries akan fikir nak raih untung bila syarikat diapungkan di pasaran sahaja, manakala missionaries sememangnya mencintai produk, pelanggan dan khidmat yang mereka tawarkan, dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk bangunkan perkhidmatan yang baik.

3. Fiqh tawaqqu’

Sheikh Abdullah bin Bayyah sebutkan bahawa pemikiran ke hadapan (forward thinking), atau berfikir tentang akibat setiap perbuatan dalam semua situasi (ma’alat al-af’al) adalah sandaran kepada fiqh tawaqqu’.

Dunia hari ini merekodkan lebih 7.9 bilion penduduk, dan angka ini kian bertambah dari hari ke hari. Sumber menjadi kian terhad. Insan, sebagai pewaris bumi ini perlu cari mekanisme untuk wariskan kehidupan yang lebih baik untuk generasi seterusnya.Maka, Jeff bina Blue Origin dengan tujuan mengurangkan kos memasuki ruang angkasa dengan menghasilkan pelancar dan enjin roket yang boleh diguna semula.

Penerokaan angkasa akan membuka pelbagai peluang dan ruang baharu untuk masyarakat dunia untuk membina kehidupan yang lebih baik – sepertimana internet mengubah dunia.

4. Ukuran prestasi kewangan dalam perniagaan
Jeff menyifatkan fokus terhadap EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) semata-mata akan membawa kepada ralat terhadap kefahaman kita pada prestasi perniagaan. Mungkin EBITDA perniagaan kita tinggi, tapi EBITDA hanyalah part of the story.

Maka, Jeff tetapkan ukuran prestasi kewangan terpenting bagi Amazon adalah Free Cash Flow per Share. Free Cash Flow ni adalah tunai yang dihasilkan syarikat selepas mempertimbangkan aliran tunai yang menyokong operasinya, dan mengekalkan aset modal.
p/s Baca lanjut di Investopedia.

5. Substance over form
In this world, there are temptations for us to seek form over substance, rather than substance over form. Tampak cantik, tampak kaya, tampak bahagia, tampak indah.

Kehidupan di dunia adalah permainan dan senda gurau (47:36).
Dalam perniagaan, ada cara untuk manipulate financial statements untuk menampakkan sesebuah syarikat tu profitable walau sebenarnya tak.

“In the short run, the market is a voting machine but in the long run, it is a weighing machine.” – Benjamin Graham

Di sini, Jeff Bezos nyatakan bahawa Amazon tidak menjadi 10 peratus lebih pandai sekiranya harga saham meningkat 10%, dan tidak juga sebaliknya.

Jeff ingin ‘berat’ Amazon meningkat setiap masa. Dan, ‘berat’ ini semestinya kumulatif kepada kepuasan pelanggan, pekerja dan pemegang taruh yang terlibat.

6. “It remains Day 1.”
Dalam siri surat tahunan beliau kepada shareholders, setelah berterima kasih kepada pemegang taruh (pelanggan, staf dan pemegang saham), beliau akan akhiri dengan ucapan – “ianya masih Hari Pertama” – “it’s still Day 1”.

Orang bertanya, bagaimana hari kedua kelihatan, kalau setiap hari hari pertama.
Jeff jawab, pemikiran Hari Kedua adalah stasis. Stasis adalah keadaan di mana tenaga yang digunakan untuk bendalir masuk dan keluar sel sama. Maka, ia membawa kepada kedudukan yang tidak relevan, kejatuhan dan kematian.

Macamana untuk kekalkan pemikiran Hari Pertama?

Beliau gariskan 4 penyelesaian, iaitu;
1) obsesi terhadap pelanggan;
2) menentang budaya mewakilkan tindakan kepada proses;
3) menyerap trend luaran;
4) pembuatan keputusan halaju tinggi.

Saya berminat untuk cerita tentang penyelesaian kedua dan yang keempat.Bila perniagaan membesar, kita cenderung untuk menyandarkan segalanya pada proses. Ramai yang berhenti melihat pada outcome – hasil, hanya sekadar mengulang-ulang proses sebab nak mencukupkan syarat. Selalu la bertanya, kita yang memiliki proses ke, proses yang memiliki kita.

Maka, penting untuk kita faham pelanggan dengan mendengar sendiri pengalaman pelanggan dalam membina produk, agar dapat elakkan kita dari syok sendiri dalam penghasilannya.

Pembuatan keputusan halaju tinggi pula bermakna kita memahami bahawa kepantasan sangat penting dalam perniagaan, di samping menyedari bahawa tiada proses pembuatan keputusan yang bersifat ‘one-size-fits-all”.

Kemudian, Jeff meletakkan supaya keputusan dibuat setelah 70 peratus maklumat yang kita perlu berada dalam tangan kita. Ia akan jadi terlalu lambat bila tunggu 90 peratus.

Jeff juga menggunakan frasa “disagree and commit”, yang mana pada beliau menjimatkan banyak masa. Frasa berkenaan membawa makna – “saya tak setuju, tapi saya berikan komitmen terhadap perkara ini”. Berapa banyak masa yang perlu diambil oleh pasukan, hanya sekadar untuk ‘persuade/convince’ beliau untuk membuat keputusan.

Tapi, kena faham juga konteks, bahawa staf Amazon yang Jeff ungkapkan “disagree and commit” ni bukan biasa-biasa — dah menang 11 Emmys, 6 Golden Globes dan 3 Oscars.

7. Membina budaya piawaian tinggi (building a culture of high standards)
Jeff sebut, “Once you’ve tasted high standards, there’s no going back”.
Untuk sesebuah institusi itu kekal lestari dan tak ditelan zaman, guiding principle (prinsip panduan) yang digunakan perlulah diletakkan pada piawaian yang tinggi, hatta dalam urusan menulis memo bagi tujuan mesyuarat.

Ada 4 elemen yang digariskan oleh Jeff untuk capai piawaian tinggi, iaitu;

1) Teachable – boleh diajar
Budaya piawai tinggi ini, Jeff sifatkan sebagai ‘contagious’. Bahasa Melayunya ialah berjangkit. Apabila staf baharu menyertai pasukan yang mempunyai piawai yang tinggi, mereka akan cepat beradaptasi. Begitu juga dengan piawai yang rendah (low standard).

2) Spesifik pada domain tertentu.

Kita kena akui bahawa kita tak tahu semua benda, dan tak mampu untuk letakkan piawai tinggi dalam semua domain yang ada dalam institusi.

Tetapkan piawai yang tinggi untuk perkara yang kita ketahui — dan dapatkan bantuan mereka yang mempunyai pengetahuan tentang domain yang berada di luar cakupan pengetahuan kita.

3) You must recognize them.

Budaya piawai tinggi ini, pimpinan sendiri perlu faham apa jangkaan (expectation) terhadap piawai tinggi yang perlu dilaksanakan oleh staf.4) You must explicitly coach realistic scope.
Jeff ada kawan yang nak belajar buat handstand. Jadi, dia hire seorang handstand coach.

Dalam kelas pertama, coach berkenaan beritahu kawan dia tu, “Kebanyakan orang fikir bila mereka berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan dapat kuasai handstand dalam masa 2 minggu. Tapi realitinya ia perlukan 6 bulan latihan harian untuk berjaya. Jika awak fikir boleh buat dalam masa 2 minggu, awak akan menyerah awal.”

Saya rasa ini sangat penting. Kegagalan kita menjadi realistik terhadap expectation akan menjadikan banyak perkara berakhir dengan kekecewaan.

Penutup
Karakter individu yang memimpin organisasi bukanlah perkara yang intrinsic — khusus kepada individu tertentu sahaja. Ianya teachable – boleh diajar. Keengganan untuk belajar dan menggarap hikmah (kebijaksanaan) dari orang-orang yang mempunyainya hanya akan menjauhkan diri kita dari kebenaran.

Boleh dapatkan buku ini di Kinokuniya.

Karamat insaniyah – kemuliaan insan

Karamat insaniyah (kemuliaan insan).

Sedikit coretan malam. Pertama kali saya dengar kalimat ini adalah dari syarahan Almarhum Dr Siddiq Fadzil yang diadakan di UKM tahun lepas.

Ini sangat berkait rapat dengan melayan manusia dengan bermaruah (treating the others with dignity).

Pada saya ini adalah satu konsep yang sangat besar dalam pengurusan organisasi. Setiap pemimpin perlu cakna bahawa setiap insan di bawah tanggungannya hadir dengan kemuliaan. Dan pengiktirafan ini bukan hadir dari insan lain (peer-review), tetapi dari Tuhan sekalian alam.

Dengan kesedaran ini, barulah hadir logika disebalik keperluan dignified salary (gaji yang bermaruah), tempat kerja yang selamat untuk semua dan pelbagai lagi penyelesaian terhadap masalah di tempat kerja.

Asas kepada karamah insaniyah adalah firman Allah ta’ala dalam surah al-Isra’ ayat 80 – Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Maka, insan perlu dilihat dari konteks yang lebih besar, bukan sekadar ‘sumber manusia’. Potensinya perlu digilap, pertumbuhannya perlu diperhatikan, kemampuannya perlu diperkasakan.

Syarahan Tan Sri Wan Zulkiflee mengenai kepimpinan

Pagi tadi saya berkesempatan menyertai syarahan Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin, mantan CEO Petronas dan non-American pertama yang menyertai Lembaga Pengarah ExxonMobil di US. 

Ini adalah key takeaways dari syarahan beliau;

Mengenai kepimpinan

– Antara strategi dan budaya (culture) syarikat, budaya mainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan dan perkembangan syarikat;

– Pengalaman beliau di PETRONAS : Ramai staf yang high performing, highly-opinionated. If you don’t tune them right, they’ll be out of order. Jadi, memang sangat penting untuk improve culture.

– Hire right people on the team. Walaupun kawan, tapi kalau tidak bersesuaian dengan keperluan tugas, jangan lantik di posisi berkenaan.

– Makin tinggi kita pergi dalam organisasi, makin banyak grey area kita jumpa kerana we possess much more information. Beware of red lines bila berhadapan dengan ambiguity.

– Dari perspektif perniagaan, ada dua jenis pemimpin. Pemimpin berdasarkan ‘task’ (task-oriented leader) dan enterprise leader.

– Pada hemat beliau, tanggungjawab seorang enterprise leader adalah bagi mencipta suasana agar pekerja mampu melaksanakan tugas dengan baik.

– Dalam era pasca-pandemik, ada kemahiran kepimpinan baharu yang perlu dikuasai oleh pemimpin.

– Pada beliau, kualiti yang perlu ada pada pemimpin adalah (i) mental toughness yang menjurus kepada clarity of thoughts, (ii) ability to tweak along the leadership journey dan (iii) human interaction skills. 

– Sewaktu jadi CEO Petronas, Tan Sri ada in-house organisational psychologist yang menasihati beliau aspek (iii).

“Many leaders are like swans. Above water they look very confident and composed. Beneath water their feet are flapping for them to survive”

Mengenai perubahan iklim

– Berkenaan perubahan iklim yang hangat dibincangkan, Tan Sri sebutkan bahawa ini tidak dapat dipisahkan dengan “energy trilemma” – keselamatan tenaga, kesaksamaan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

– Tan Sri Wan Zulkiflee menyeru agar kita membezakan retorik dan realiti – dimana tiada strategi yang jelas oleh dunia untuk menangani krisis prubahan iklim ini.

– Perjanjian iklim Paris menetapkan sasaran agar dunia mengehadkan peningkatan suhu purata global di bawah 2°C atas tahap pra-industri, dan meneruskan usaha untuk mengehadkan peningkatan suhu pada 1.5°C.

– Kepadatan bumi pada 2050 adalah 9.8 bilion, dan saiz ekonomi global membesar ke 2 kali ganda. Tetapi untuk capai sasaran di atas, kita kena guna kurang 8% tenaga daripada hari ini. Tampak sukar bukan? Only time will tell either we managed to achieve the target or not.

Nota tambahan – kegagalan kita capai sasaran berkenaan akan menyebabkan tenggelamnya beberapa bandar di dunia.

Setelah beliau meninggalkan Petronas, Kerajaan telah melantik beliau sebagai Pengerusi Malaysia Airlines Berhad. Sedikit perkongsian beliau mengenai MAB.

– Sektor pelancongan terjejas teruk ekoran pandemik. Namun di kala wabak ini merebak, MASKargo telah menunjukkan prestasi yang baik.

– Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, selain national flag bearer, MAB juga menjalankan khidmat buat watan dengan menjadi medium perhubungan di kawasan terpencil di Borneo.

Terima kasih Tan Sri for this invaluable corporate insights. Jzkk juga penganjur Ikram/Mubin. 

Sesi Dialog Tiga Penjuru mengenai konflik di Palestin

Sesi Dialog Tiga Penjuru antara Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Dr. Afifi al-Akiti dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang berlangsung di Astro Awani tadi membuka landasan baharu diskusi mengenai situasi konflik tanah Palestin di tanah air kita.

Dr. Mahathir mengimbau kembali perbualan beliau bersama Arafat dan membawakan beberapa tawaran solusi, Dr. Afifi al-Akiti memberikan sudut pandang beliau sebagai theologian di Oxford, dan Tuan Guru berada dalam diskusi ini atas kapasiti beliau sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Saya tertarik apabila Shaykh Afifi menyebut mengenai hadith ke-37 dalam rangkaian hadith 40 Imam an-Nawawi (man ra’a minkum munkaran), yang mana ianya bertindak sebagai framework yang ditetapkan oleh Rasulullah saw apabila berhadapan dengan kemunkaran – keperluan untuk mencegah kemunkaran dengan tangan (kuasa), lisan dan juga hati.

Dalam konteks ini, apabila kita sebut mengenai tangan (kuasa), it will be military intervention. Pada tahun 1967, negara-negara Islam di Timur Tengah telah berperang dengan negeri Zionis ini, dan mereka kalah. Jika kita imbau semula sejarah, kita ambil masa yang lama untuk lahirkan seorang Sultan Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubi. Untuk penaklukan itu berlaku seperti zaman Perang Salib suatu masa dahulu, negara-negara Islam perlu kuat dari segi domestic policy, military power dan juga foreign policy, so that they’re able to save Baitulmaqdis back.

Mencegah munkar dari segi lisan pula, Shaykh Afifi quoted from Shaykh Ahmad Tayyib, Imam Besar al-Azhar — yang mana ulama’ besar al-Azhar ini menyeru Amerika Syarikat dan dunia menghentikan ’double standard’ dalam memberikan respon terhadap krisis di Palestin.

Jika saya boleh ringkaskan flow of islah yang digariskan oleh Dr Afifi sebentar tadi : military intervention (tangan) => lobby & speak truth to power (lisan) => qunut nazilah, solat hajat (menunjukkan kemarahan terhadap kezaliman dengan hati)

In this sense, Dr. Mahathir dan Shaykh Afifi memegang prinsip yang sama — di mana negara Islam perlu work strategically dengan negara bukan Islam yang menyokong perjuangan Palestin bagi memberikan tekanan terhadap Israel dan sekutunya. Kita perlu berganding bahu bagi sama-sama merealisasikan ‘common interest‘ kita – safe place to accommodate Palestinians.

The biggest advice in the previous session is saranan mantan PM dan Dr Afifi, di mana negara-negara Islam perlu start to think strategically – membina strategi yang tersusun menggunakan kekuatan yang ada. Bina pengaruh di negara-negara Barat dan dalam negara Israel sendiri.

Mengenai dukungan terhadap two-state solutions – mantan PM menegaskan perlunya ummat menjadi realistik. Masa ini bukan waktunya untuk kita kejar apa yang kita tak mampu untuk laksanakan. Di penghujung dialog, Dr Afifi gesa Tuan Guru Haji Hadi memberi tekanan terhadap negara-negara tertentu di Timur Tengah memutuskan hubungan dengan negara Israel, disebabkan kegagalan mereka mengelakkan daripada berlaku krisis seperti kita lihat hari ini.

Terima kasih sdr Nazri Kahar atas sesi dialog yang mencambah minda sebentar tadi.

Pertemuan bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Pada bulan April lepas, saya dan Addam telah membuat kunjungan hormat kepada YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi di Yayasan Kepimpinan Perdana – yang mana antara lain mendapatkan nasihat Tun terhadap kemajuan dan kemampanan orang Melayu, terutamanya orang muda dalam menjadikan negara yang kita cintai ini standing tall in the eyes of the world – berdiri sama tinggi di mata dunia.

Pertemuan ini berjalan selama 50 minit di pejabat beliau. Dalam rangka pertemuan ini, Tun banyak memberikan nasihat dan pandangan terhadap etika, akhlak dan budi orang Melayu. Pada beliau, sekiranya orang Melayu tidak berubah, menjunjung nilai-nilai yang di bawa oleh al-Quran, maka nasib bangsa ini akan ditentukan oleh konglomerat Cina yang memegang nilai cash is king. Ini adalah realiti yang telah berlaku sekarang.

Saya sempat bercerita mengenai Yayasan Pendidikan Hidayah dan sekolah digital bahasa Jepun yang kami bangunkan, Ninjakeris kepada beliau. Beliau berpesan,

Orang Melayu ni ada kebolehan, tapi tak mau kerja. Boleh memang boleh, dia pandai, cekap. Lalu suruh dia buat satu, kalau dia sanggup buat boleh. Bila ada orang nak berlayar keliling dunia, seorang (namanya) Azhar, saya bantu. Ada orang nak mendaki Gunung Everest. Nak tunjuk yang orang Melayu ni boleh, kalau dia nak (satu-satu perkara itu berlaku).

YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri

Ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan daripada pertemuan dengan Tun. Tidaklah saya naif mengenai apa yang berlaku di masa lalu – namun saya yakin ini adalah nasihat jujur dan ikhlas dari seorang negarawan – yang ini melihat bangsanya kembali menjadi bangsa yang dihormati dan disegani dunia. Maka, kritikan-kritikan ini seharusnya diambil secara konstruktif.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Adam Mukhriz, Cik Eiyma Abu Bakar dan YBhg. Tan Sri Badariah Arshad (Ketua Setiausaha Sulit kepada Tun Dr. Mahathir) atas kesudian menjadikan pertemuan ini suatu kenyataan. Didoakan juga kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan buat negarawan ulung, Dr. Mahathir bin Mohamad.

A reflection on Tun Ghazali Shafie

Tonight I did some reading on the late Tun Ghazali Shafie, who was recognized as a no-nonsense Minister during his time.

He was a Home Minister and his final post before leaving the service is Foreign Minister. Tun Ghazali was known as a good friend to the late Lee Kuan Yew – and maintains healthy relationship with Kuan Yew after separation of Singapore from Malaysia.

Tun Ghazali also represents Malaysia in Cobbold Commission, which was a commission enquiry that been set up to determine whether the people of North Borneo and Sarawak supported the proposal to create the Federation of Malaysia consisting of Malaya, Brunei, Singapore, North Borneo, and Sarawak or not. 

As a diplomat, he possesses impressive negotiation skills which can be seen when he was entrusted by Tun Razak to negotiate with Japanese Red Army (JRA) when JRA took control of AIA building which locates embassies of few prominent countries during that time. After 3 days of negotiation, JRA makes their way out and was sent to third party country.

‘King Ghaz’ (Tun Ghazali)’s leadership was recognized even by his subordinate, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid. When Tun Ghazali was a Home Minister, TS Sanusi was his Deputy. Unlike today, at that time, Deputy Minister was used to be Acting Minister while the Minister was entrusted to work abroad. Tun Ghazali brought TS Sanusi in his decision-making processes, and involved him in series of high-level discussion involving foreign agents. (Reference : http://sanusijunid.blogspot.com/…/terima-kasih-tun…)

He also possesses a pilot license, and according to sources, he completed 2,000 flying hours in 10 years. He managed to survive an aviation accident while flying Cessna 26 owned by Royal Flying Club of Malaysia.

This LSE graduate being seen ruthless to the journalist who asked questions that are deemed to be inappropriate. He insisted that journalists should be doing their homework prior asking him questions. His last service was under the premiership of Dr Mahathir, after serving 4 Prime Ministers throughout his lifetime

These stories made me feel hopeful that as a nation, we are able to arrive somewhere one day. Just as high as the standard set by our founding fathers. While today’s climate makes me (and maybe some of us too) feel hopeless and worried on what the future could offer us, stories of  these patriots made me feel, there must be way out from this chaos. If it’s not us who protect the sovereignty and the interest of this nation, who else will do? 

A long reflection on the night of 14th Ramadan. Tun Ghazali Shafie departed on January 24, 2010 in Subang Jaya at the age of 87, while TS Sanusi passed away on Mar 9, 2018 in Lembah Pantai. May Allah shower His blessings and grace on their souls.

Al-Fatihah.

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.