# Topik
Kategori
May 6, 2021
Jom menyumbang

untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah

Kongsi di Media Sosial Anda

Pertemuan bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Oleh Muhamad Firdaus Ali

May 6, 2021

Pada bulan April lepas, saya dan Addam telah membuat kunjungan hormat kepada YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi di Yayasan Kepimpinan Perdana – yang mana antara lain mendapatkan nasihat Tun terhadap kemajuan dan kemampanan orang Melayu, terutamanya orang muda dalam menjadikan negara yang kita cintai ini standing tall in the eyes of the world – berdiri sama tinggi di mata dunia.

Pertemuan ini berjalan selama 50 minit di pejabat beliau. Dalam rangka pertemuan ini, Tun banyak memberikan nasihat dan pandangan terhadap etika, akhlak dan budi orang Melayu. Pada beliau, sekiranya orang Melayu tidak berubah, menjunjung nilai-nilai yang di bawa oleh al-Quran, maka nasib bangsa ini akan ditentukan oleh konglomerat Cina yang memegang nilai cash is king. Ini adalah realiti yang telah berlaku sekarang.

Saya sempat bercerita mengenai Yayasan Pendidikan Hidayah dan sekolah digital bahasa Jepun yang kami bangunkan, Ninjakeris kepada beliau. Beliau berpesan,

Orang Melayu ni ada kebolehan, tapi tak mau kerja. Boleh memang boleh, dia pandai, cekap. Lalu suruh dia buat satu, kalau dia sanggup buat boleh. Bila ada orang nak berlayar keliling dunia, seorang (namanya) Azhar, saya bantu. Ada orang nak mendaki Gunung Everest. Nak tunjuk yang orang Melayu ni boleh, kalau dia nak (satu-satu perkara itu berlaku).

YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri

Ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan daripada pertemuan dengan Tun. Tidaklah saya naif mengenai apa yang berlaku di masa lalu – namun saya yakin ini adalah nasihat jujur dan ikhlas dari seorang negarawan – yang ini melihat bangsanya kembali menjadi bangsa yang dihormati dan disegani dunia. Maka, kritikan-kritikan ini seharusnya diambil secara konstruktif.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Adam Mukhriz, Cik Eiyma Abu Bakar dan YBhg. Tan Sri Badariah Arshad (Ketua Setiausaha Sulit kepada Tun Dr. Mahathir) atas kesudian menjadikan pertemuan ini suatu kenyataan. Didoakan juga kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan buat negarawan ulung, Dr. Mahathir bin Mohamad.

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.