untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah
Oleh Muhamad Firdaus Ali
Sebenarnya buku ini adalah rangkuman surat-surat Jeff Bezos kepada pemegang saham Amazon dari tahun 1997-2019, juga temuramah beliau dalam beberapa siri talkshow dan di US Congress
Amazon bermula dengan kepercayaan mak ayahnya terhadap idea beliau jual buku dalam talian – dan Bezos menyifatkan pelaburan mak ayahnya sebagai pelaburan yang tidak diketahui pulangannya, namun mak ayahnya tetap percaya.
Tulisan Jeff ini sebenarnya sangat membantu untuk develop thought process yang matang dan berimpak tinggi, lebih-lebih lagi dalam organizational stewardship.
1. “Regret minimization framework”
Dalam halaman awal, beliau cerita tentang “regret minimization framework” – atau kerangka pengurangan penyesalan kalau diterjemah secara literal.
“I want to have minimized the number of regrets I have, and I knew that when I was eighty, I was not going to regret having tried this.
2. “Mercenaries vs missionaries”
Mercenaries adalah askar upahan, manakala missionaries adalah pendakwah; kalau kita terjemah secara literal.
Setiap kali Jeff berjumpa dengan pemilik syarikat yang Amazon nak beli, Bezos akan buat penilaian – sama ada pemiliknya semata nak buat duit atau sememangnya ghairah berkhidmat untuk pelanggan – adakah dia missionary atau mercenary?
Mercenaries akan fikir nak raih untung bila syarikat diapungkan di pasaran sahaja, manakala missionaries sememangnya mencintai produk, pelanggan dan khidmat yang mereka tawarkan, dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk bangunkan perkhidmatan yang baik.
3. Fiqh tawaqqu’
Sheikh Abdullah bin Bayyah sebutkan bahawa pemikiran ke hadapan (forward thinking), atau berfikir tentang akibat setiap perbuatan dalam semua situasi (ma’alat al-af’al) adalah sandaran kepada fiqh tawaqqu’.
Dunia hari ini merekodkan lebih 7.9 bilion penduduk, dan angka ini kian bertambah dari hari ke hari. Sumber menjadi kian terhad. Insan, sebagai pewaris bumi ini perlu cari mekanisme untuk wariskan kehidupan yang lebih baik untuk generasi seterusnya.Maka, Jeff bina Blue Origin dengan tujuan mengurangkan kos memasuki ruang angkasa dengan menghasilkan pelancar dan enjin roket yang boleh diguna semula.
Penerokaan angkasa akan membuka pelbagai peluang dan ruang baharu untuk masyarakat dunia untuk membina kehidupan yang lebih baik – sepertimana internet mengubah dunia.
4. Ukuran prestasi kewangan dalam perniagaan
Jeff menyifatkan fokus terhadap EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) semata-mata akan membawa kepada ralat terhadap kefahaman kita pada prestasi perniagaan. Mungkin EBITDA perniagaan kita tinggi, tapi EBITDA hanyalah part of the story.
Maka, Jeff tetapkan ukuran prestasi kewangan terpenting bagi Amazon adalah Free Cash Flow per Share. Free Cash Flow ni adalah tunai yang dihasilkan syarikat selepas mempertimbangkan aliran tunai yang menyokong operasinya, dan mengekalkan aset modal.
p/s Baca lanjut di Investopedia.
5. Substance over form
In this world, there are temptations for us to seek form over substance, rather than substance over form. Tampak cantik, tampak kaya, tampak bahagia, tampak indah.
Kehidupan di dunia adalah permainan dan senda gurau (47:36).
Dalam perniagaan, ada cara untuk manipulate financial statements untuk menampakkan sesebuah syarikat tu profitable walau sebenarnya tak.
“In the short run, the market is a voting machine but in the long run, it is a weighing machine.” – Benjamin Graham
Di sini, Jeff Bezos nyatakan bahawa Amazon tidak menjadi 10 peratus lebih pandai sekiranya harga saham meningkat 10%, dan tidak juga sebaliknya.
Jeff ingin ‘berat’ Amazon meningkat setiap masa. Dan, ‘berat’ ini semestinya kumulatif kepada kepuasan pelanggan, pekerja dan pemegang taruh yang terlibat.
6. “It remains Day 1.”
Dalam siri surat tahunan beliau kepada shareholders, setelah berterima kasih kepada pemegang taruh (pelanggan, staf dan pemegang saham), beliau akan akhiri dengan ucapan – “ianya masih Hari Pertama” – “it’s still Day 1”.
Orang bertanya, bagaimana hari kedua kelihatan, kalau setiap hari hari pertama.
Jeff jawab, pemikiran Hari Kedua adalah stasis. Stasis adalah keadaan di mana tenaga yang digunakan untuk bendalir masuk dan keluar sel sama. Maka, ia membawa kepada kedudukan yang tidak relevan, kejatuhan dan kematian.
Macamana untuk kekalkan pemikiran Hari Pertama?
Beliau gariskan 4 penyelesaian, iaitu;
1) obsesi terhadap pelanggan;
2) menentang budaya mewakilkan tindakan kepada proses;
3) menyerap trend luaran;
4) pembuatan keputusan halaju tinggi.
Saya berminat untuk cerita tentang penyelesaian kedua dan yang keempat.Bila perniagaan membesar, kita cenderung untuk menyandarkan segalanya pada proses. Ramai yang berhenti melihat pada outcome – hasil, hanya sekadar mengulang-ulang proses sebab nak mencukupkan syarat. Selalu la bertanya, kita yang memiliki proses ke, proses yang memiliki kita.
Maka, penting untuk kita faham pelanggan dengan mendengar sendiri pengalaman pelanggan dalam membina produk, agar dapat elakkan kita dari syok sendiri dalam penghasilannya.
Pembuatan keputusan halaju tinggi pula bermakna kita memahami bahawa kepantasan sangat penting dalam perniagaan, di samping menyedari bahawa tiada proses pembuatan keputusan yang bersifat ‘one-size-fits-all”.
Kemudian, Jeff meletakkan supaya keputusan dibuat setelah 70 peratus maklumat yang kita perlu berada dalam tangan kita. Ia akan jadi terlalu lambat bila tunggu 90 peratus.
Jeff juga menggunakan frasa “disagree and commit”, yang mana pada beliau menjimatkan banyak masa. Frasa berkenaan membawa makna – “saya tak setuju, tapi saya berikan komitmen terhadap perkara ini”. Berapa banyak masa yang perlu diambil oleh pasukan, hanya sekadar untuk ‘persuade/convince’ beliau untuk membuat keputusan.
Tapi, kena faham juga konteks, bahawa staf Amazon yang Jeff ungkapkan “disagree and commit” ni bukan biasa-biasa — dah menang 11 Emmys, 6 Golden Globes dan 3 Oscars.
7. Membina budaya piawaian tinggi (building a culture of high standards)
Jeff sebut, “Once you’ve tasted high standards, there’s no going back”.
Untuk sesebuah institusi itu kekal lestari dan tak ditelan zaman, guiding principle (prinsip panduan) yang digunakan perlulah diletakkan pada piawaian yang tinggi, hatta dalam urusan menulis memo bagi tujuan mesyuarat.
Ada 4 elemen yang digariskan oleh Jeff untuk capai piawaian tinggi, iaitu;
1) Teachable – boleh diajar
Budaya piawai tinggi ini, Jeff sifatkan sebagai ‘contagious’. Bahasa Melayunya ialah berjangkit. Apabila staf baharu menyertai pasukan yang mempunyai piawai yang tinggi, mereka akan cepat beradaptasi. Begitu juga dengan piawai yang rendah (low standard).
2) Spesifik pada domain tertentu.
Kita kena akui bahawa kita tak tahu semua benda, dan tak mampu untuk letakkan piawai tinggi dalam semua domain yang ada dalam institusi.
Tetapkan piawai yang tinggi untuk perkara yang kita ketahui — dan dapatkan bantuan mereka yang mempunyai pengetahuan tentang domain yang berada di luar cakupan pengetahuan kita.
3) You must recognize them.
Budaya piawai tinggi ini, pimpinan sendiri perlu faham apa jangkaan (expectation) terhadap piawai tinggi yang perlu dilaksanakan oleh staf.4) You must explicitly coach realistic scope.
Jeff ada kawan yang nak belajar buat handstand. Jadi, dia hire seorang handstand coach.
Dalam kelas pertama, coach berkenaan beritahu kawan dia tu, “Kebanyakan orang fikir bila mereka berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan dapat kuasai handstand dalam masa 2 minggu. Tapi realitinya ia perlukan 6 bulan latihan harian untuk berjaya. Jika awak fikir boleh buat dalam masa 2 minggu, awak akan menyerah awal.”
Saya rasa ini sangat penting. Kegagalan kita menjadi realistik terhadap expectation akan menjadikan banyak perkara berakhir dengan kekecewaan.
Penutup
Karakter individu yang memimpin organisasi bukanlah perkara yang intrinsic — khusus kepada individu tertentu sahaja. Ianya teachable – boleh diajar. Keengganan untuk belajar dan menggarap hikmah (kebijaksanaan) dari orang-orang yang mempunyainya hanya akan menjauhkan diri kita dari kebenaran.
Boleh dapatkan buku ini di Kinokuniya.