Perbualan dengan Tunku Abdul Rahman

1. Perbualan Tunku bersama Tan Sri Abdullah Ahmad dalam penulisan ini sepatutnya dijadikan rujukan dalam penulisan buku teks Sejarah, yang membawa kepada pemaknaan sebenar negara Malaysia.

2. Sebelum pembentukan Malaysia, negeri-negeri kita terasing. Kita ada 9 negeri berbeza dengan pemerintah masing-masing dengan gelaran yang berbeza (Sultan, Yamtuan Besar). Pembentukan Malaysia telah menjadikan para pemerintah negeri (Raja-raja Melayu) memegang amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong secara ‘rotational’ selama lebih kurang 5 tahun.

3. Tunku datang dari keluarga kerabat diraja Kedah. Beliau merupakan anak kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26. Namun darah diraja yang mengalir dalam tubuhnya tidak menghalang beliau dari memperjuangkan kemerdekaan, kebenaran dan keadilan di tanah ini.

4. Berbeza dengan hari ini, politik Malaysia di zaman kehidupan Tunku memaparkan ’sincere struggles’ atau perjuangan yang ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Loopholes untuk penyalahgunaan kuasa masih lagi restricted (terhad). Tidak hairan apabila Tunku sentiasa ada soft spot dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga hari ini.

5. Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad, penulis adalah mantan Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Razak. Beliau mempunyai akses tidak langsung kepada Tunku, dan pengalaman beliau bersama Tunku menghasilkan penulisan buku ini.

Mengenai Pembentukan Malaysia

6. Tunku inginkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia bagi mengimbangi komposisi penduduk berbilang bangsa di Malaysia. Kemasukan Singapura ke Malaysia adalah harga yang perlu dibayar Tunku untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak.

7. Rundingan awal Tunku dengan Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin yang merupakan rakan karib beliau telah menyebabkan terdapat ura-ura yang menyebut bahawa Brunei akan menyertai Malaysia, walaupun pada akhirnya ditarik semula kerana pemberontakan oleh Parti Rakyat Brunei.

8. Sebelum pembentukan Malaysia, Indonesia menunjukkan sikap agak kurang senang kepada usaha-usaha Tunku, sehingga mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pelbagai prasangka hadir, terutama apabila warga Sumatera merasakan bahawa mereka lebih rapat dengan Malaysia berbanding dengan mereka di Jawa. Ramai orang Melayu di Sumatera merasakan mereka perlu dicantumkan dengan Malaysia.

9. Setelah Merdeka, Tunku buat keputusan untuk menandatangani Anglo-Malayan Defence Treaty Agreement (AMDA) bersama British. Perbuatan ini telah menerima kritikan dari pelbagai pihak, termasuk Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin muda pada ketika itu.

10. ‘Judgement call’ yang dibuat oleh Tunku pada ketika itu untuk menandatangani AMDA atas beberapa faktor. i) sokongan untuk berdepan dengan komunis; ii) menangani campur tangan ketenteraan oleh Sukarno ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

11. Mengenai Kuan Yew dan Singapura, saya sertakan petikan yang saya ambil terus dari buku ini.

“Lee Kuan Yew, according to the Tunku, worked hard to help form Malaysia, but alas, worked harder to break it. He was an impatient man in a great hurry to be the leader of Malaysia, conveniently forgetting that none could become leader of the country without the goodwill and support of the Malays”

Dato’ Abdullah Ahmad : Tunku, was the decision to separate Singapore entirely yours?



The Tunku : Yes, entirely mine and if there is any blame, I accept it. But in my mind, deep in my heart, that was the correct policy. Otherwise the Chinese would dominate our country, completely dominate this country of ours with their population of two million more than the Malays.

12. Dengan peredaran zaman, pemikiran dan gaya hidup kita berevolusi. Tidaklah bermakna pernyataan dari Tunku kita anggap sepenuhnya benar dan sah dengan realiti hari ini, namun kita perlu ambil pengajaran dari sejarah lampau.

13. Pembentukan struktur perpaduan tanpa mengambil kira faktor sejarah (bahkan ada yang cuba menyorokkannya), adalah percubaan gaslighting yang sangat tidak jujur. Rujuk penulisan Dr Mahathir berkenaan Governments of Malaya.

14. Menurut Tunku, British boleh memilih untuk menggabungkan Singapura bersama Sabah dan Sarawak, namun mereka menghormati harapan Tunku, dan menggabungkan keseluruhan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak.

15. Buku ini juga menceritakan panjang lebar mengenai usaha Tunku menangani komunis, serta refleksi peribadi Tunku terhadap figura-figura seperti Alharhum Sultan Idris Shah (Perak), Tun Ghazali Shafie, Tun Mustapha,  Tun Hussein Onn, Dato’ Onn Jaafar dan lain-lain.

16. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Tunku Abdul Rahman atas jasanya terhadap negara ini. Al-Fatihah.

Mencari Unta Merah Jepun karangan Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz

Buku Mencari Unta Merah Jepun ini merupakan salah satu buku yang dihadiahkan oleh Dr. Maszlee – di samping Be Eshme Elohim, Risalah Pemuda Muslim, Hukum Bermazhab & Persoalan-persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab. Sebuah buku yang menceritakan usaha-usaha Ustaz Abdullah dan rakan-rakannya dalam menjadi game-changer terhadap usaha dakwah di negara matahari terbit berkenaan.

Umum mengetahui saudara Zulkarnain, seorang bekas jurutera di Jepun telah mewakafkan dirinya dari seorang jurutera mesin kepada jurutera manusia – dengan menggerakkan usaha-usaha dakwah di Osaka, Jepun. Usaha ini dimulakan secara kecil-kecilan beberapa tahun lepas, sehinggalah pada tahun 2020, beliau dan rakan-rakannya menubuhkan Japan Da’wah Centre di Osaka dengan tujuan menjadi pusat penyebaran Islam yang membawa mesej Islam sebagai rahmat terhadap seluruh alam – bertentangan dengan sesetengah puak yang ekstrem sehingga membawa mesej yang salah terhadap penduduk tempatan terhadap agama Islam.

Jutaan ringgit telahpun di bawa oleh Ustaz Abdullah melalui sumbangan rakyat Malaysia menerusi NGO yang ditubuhkannya sejurus pulang dari Jepun buat kembara dakwah kali pertama. Fajar Iman Matahari Terbit Management menjadi platform kutipan dana Ustaz Abdullah dalam siri ceramah yang dilaksanakan dalam ruang lingkup kepakarannya – tafsir al-Quran.

Rahmat Allah terhadap JDC, saudara Zulkarnain, Ustaz Abdullah, YDKMM dan team mereka insha-Allah!

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.