Kategori
June 22, 2021
Jom menyumbang

untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah

Kongsi di Media Sosial Anda

Jenis-jenis Yayasan di Malaysia

Oleh Muhamad Firdaus Ali

June 22, 2021

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis Yayasan yang dibenarkan beroperasi menurut undang-undang. Dalam artikel kali ini, saya akan menjelaskan 3 jenis Yayasan yang diketahui cara perjalanannya berdasarkan pengalaman peribadi bersama Yayasan Pendidikan Hidayah dan perkongsian rakan-rakan dalam sektor awam serta swasta.

  1. Yayasan berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri
    Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] adalah akta untuk mendaftarkan pemegang amanah bagi sesuatu badan/kumpulan orang sebagai suatu pertubuhan pemerbadanan yang ditubuhkan bagi tujuan agama, pendidikan, kesusasteraan, saintifik, khairat/kebajikan atau sosial seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta 258. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Liabitinya tidak terhad.

  2. Yayasan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    Yayasan yang berdaftar di SSM biasanya diakhiri dengan ‘Berhad’ sekiranya tidak mempunyai modal RM1 juta. Namun SSM membenarkan pengguguran ‘Berhad’ sekiranya Yayasan berkenaan mempunyai modal sebanyak RM1 juta. Sebagai contoh, Yayasan Min Qalby oleh Mizz Nina. Liabitinya terhad setakat capital yang dibenarkan.

  3. Yayasan berdaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Service Authority)
    Sedikit berbeda dari yang lain, nama Yayasan yang berdaftar di Labuan ini biasanya berakhir dengan (L) Foundation menandakan pendaftaran mereka di Labuan

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.