Kategori
July 20, 2019
Jom menyumbang

untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah

Kongsi di Media Sosial Anda

Forum Awam – Kepelbagaian dalam Pendidikan; dihoskan oleh Roshan, (BFM) bersama Dr Ananthi, Suet Li, Ilmira & Shahril Hamdan

Oleh Muhamad Firdaus Ali

July 20, 2019

190719 : Semalam di Forum Awam – Kepelbagaian dalam Pendidikan; dihoskan oleh Roshan, (BFM) — bersama Dr Ananthi, sdri Suet Li (MoE) & Ilmira, serta sdr Shahril.

Dalam pendengaran kali ini, panelis (name redacted due to Chatam House rule) membawakan statistik kemasukan ke sekolah vernakular yang dibandingkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah; statistik juga mencatatkan peningkatan ibu bapa Melayu cenderung untuk menghantar anak ke sekolah Cina diperingkat sekolah rendah, dengan rasional kualiti pendidikan yang ditawarkan.

Disebabkan perbincangan menjurus kepada membangunkan diversiti dalam sistem pendidikan Negara, seorang panelis juga mengenengahkan mengenai isu Bahasa Kebangsaan yang tidak dikuasai dengan baik oleh sebahagian warga — membuka fragmen yang lebih besar kepada perpecahan kaum.

Direzekikan bertemu Ustaz Amin Megat, Pengarah Eksekutif Pendidikan Ikram-Musleh Berhad dalam forum yang sama. Also, bumped into Nur Qyira Yusri of Undi18 too.

Sungguh, there is no one size fits all solution. Sistem pendidikan kita punya banyak ruang lagi untuk penambahbaikan. But then, I did opined for Rancangan Perpaduan Kaum dalam Pendidikan (paraphrased) supaya diteruskan; which pelbagai kaum mingle around dalam suatu aktiviti berbentuk komuniti dari pelbagai sekolah, secara konsisten dan berterusan.

Setiap kaum punya budaya dan seni yang ingin dilindungi. Tetapi dalam masa yang sama, suatu identiti negara bangsa perlu dibentuk, so that we could have common traits yang menjadi simbol kepada negara Malaysia ini.

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.