Cara Memindahkan Arkib Mesej dari WhatsApp ke Telegram

Melalui kemaskini terbaharu Telegram, perbualan kita di WhatsApp boleh dibuat salinan sandaran (back-up) ke Telegram, berbanding sebelum ini, perbuan hanya boleh dieksport dalam format .txt. Berikut adalah kelebihan melaksanakan salinan sandaran ke Telegram;

  • Boleh retrieve perbualan kita di mana sahaja melalui Telegram, walaupun tukar telefon bimbit, asalkan nombor telefon masih milik kita.

  • Selalunya bagi pengguna iPhone, sekiranya kita format telefon, kita tak ada pilihan lain kecuali back-up di iCloud. Tapi dengan adanya option ini, kita ada alternative way yang percuma untuk back-up.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pemindahan. Tutorial ini adalah untuk pengguna iPhone. Secara prinsipnya, kaedah untuk pengguna Android juga tidak banyak berbeza.

  1. Pilih perbualan yang kita ingin buat salinan sandaran dan klik pada nama kenalan berkenaan. (Gambar ini saya buat salinan sandaran untuk perbualan peribadi).

2021-01-29 13.23.47.jpg

  1. Klik "Export Chat"

2021-01-29 13.24.54.jpg

  1. Di sini, ada dua pilihan - sama ada kita nak sertakan sekali gambar/video yang terdapat dalam perbualan atau sebaliknya.

2021-01-29 13.26.05.jpg

  1. Klik ikon Telegram.

2021-01-29 13.26.27.png

  1. Telegram akan minta pilih perbualan mana di Telegram yang anda ingin gunakan untuk muatkan perbualan WhatsApp yang diimport ini. Cara alternatif adalah membuat kumpulan baharu (create new group) untuk memindahkan perbualan berkenaan.

2021-01-29 13.27.44.jpg

  1. Tunggu dalam 30 saat - bergantung kepada saiz dokumen eksport anda.

2021-01-29 13.29.27.jpg

  1. Tada.. import dah siap.

2021-01-29 13.30.13.jpg

Selamat mencuba!

No Comments Yet