Kategori
June 26, 2021
Jom menyumbang

untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah

Kongsi di Media Sosial Anda

Mencari Unta Merah Jepun karangan Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz

June 26, 2021

Buku Mencari Unta Merah Jepun ini merupakan salah satu buku yang dihadiahkan oleh Dr. Maszlee – di samping Be Eshme Elohim, Risalah Pemuda Muslim, Hukum Bermazhab & Persoalan-persoalan Berkaitan Kaedah Bermazhab. Sebuah buku yang menceritakan usaha-usaha Ustaz Abdullah dan rakan-rakannya dalam menjadi game-changer terhadap usaha dakwah di negara matahari terbit berkenaan.

Umum mengetahui saudara Zulkarnain, seorang bekas jurutera di Jepun telah mewakafkan dirinya dari seorang jurutera mesin kepada jurutera manusia – dengan menggerakkan usaha-usaha dakwah di Osaka, Jepun. Usaha ini dimulakan secara kecil-kecilan beberapa tahun lepas, sehinggalah pada tahun 2020, beliau dan rakan-rakannya menubuhkan Japan Da’wah Centre di Osaka dengan tujuan menjadi pusat penyebaran Islam yang membawa mesej Islam sebagai rahmat terhadap seluruh alam – bertentangan dengan sesetengah puak yang ekstrem sehingga membawa mesej yang salah terhadap penduduk tempatan terhadap agama Islam.

Jutaan ringgit telahpun di bawa oleh Ustaz Abdullah melalui sumbangan rakyat Malaysia menerusi NGO yang ditubuhkannya sejurus pulang dari Jepun buat kembara dakwah kali pertama. Fajar Iman Matahari Terbit Management menjadi platform kutipan dana Ustaz Abdullah dalam siri ceramah yang dilaksanakan dalam ruang lingkup kepakarannya – tafsir al-Quran.

Rahmat Allah terhadap JDC, saudara Zulkarnain, Ustaz Abdullah, YDKMM dan team mereka insha-Allah!

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.