Kategori
June 22, 2021
Jom menyumbang

untuk kelestarian pendidikan ummah bersama Yayasan Pendidikan Hidayah

Kongsi di Media Sosial Anda

PdPR : Peluang terbaik untuk digitalisasi kebangsaan, jika…

Oleh Muhamad Firdaus Ali

June 22, 2021

1. Pada 21 Jun 2021, seorang pelajar berumur 17 tahun di Perak telah mengalami kecederaan teruk sewaktu beliau bergerak ke bandar bagi mendapatkan akses kepada internet bagi tujuan menghadiri kelas dalam talian (online class). Tulang paha Siti A’isyah telah patah dan menyebabkan beliau perlu menerima jahitan.

2. Juga pada 8 September 2020, The Star melaporkan bahawa Veveonah Mosibin, seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah mengambil peperiksaan dalam talian di atas pokok bagi mendapatkan talian internet.

3. Menurut Dr. Mohamed Awang Lah (kini Pengerusi Lembaga Pengarah MYNIC), Malaysia, sejak dahulu lagi, kita sudah ada pelbagai dasar bagi memperluas jaringan internet ke seluruh Malaysia – namun sehingga kini masih terdapat banyak kawasan yang tidak mendapat akses kepada jaringan internet.

4. Jelas terbukti bahawa kewujudan banyak red tape dalam pembangunan jalur lebar kebangsaan telah melambatkan service delivery dan mempertingkatkan kos perkhidmatan jalur lebar di negara kita. Seharusnya when internet is already regarded as basic necessity, Kerajaan perlu intervene the process bagi memastikan akses kepada jalur lebar bukan lagi terhad buat golongan tertentu. Menurut Merten Reglitz, pensyarah Global Ethics di University of Birmingham, “The Covid-19 pandemic has shown us clearly that the Internet is no longer a luxury, a convenient enhancement for lifestyles for those who can afford it. Rather, Internet access has become a basic necessity.” (Rujukan : https://www.birmingham.ac.uk/schools/ptr/departments/philosophy/news/2020/reglitz-internet-access.aspx)

5. Di sini, kredit perlu diberikan kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo atas campur tangan terhadap Telekom Malaysia dalam memenuhi manifesto pakatannya sewaktu pilihanraya lepas telah menyebabkan kos perkhidmatan Unifi berkurangan, dan kelajuan internet dapat dipertingkatkan.

6. Pembelajaran dalam talian melalui platform Udemy, Laracast, Coursera dan sebagainya telah dijadikan bahan kempen oleh sesetengah ahli politik – di mana sebahagian menyatakan bahawa golongan belia mampu upgrade skills pengaturcaraan, pembangunan sistem, pengurusan server, dan kemahiran-kemahiran lain melalui platform ini secara dalam talian. Namun statistik menunjukkan bahawa penduduk luar bandar merangkumi 21.6% dari jumlah warga Malaysia (Afifah Suhaimi, 2020).

7. Pembuat dasar perlu sedar bahawa kemahiran-kemahiran ini tahap kesukarannya sama sahaja dengan kemahiran kejuruteraan lain, cumanya kemahiran pengaturcaraan dan kemahiran lain berkaitan IT serta dunia digital lebih mudah diakses (easily accessible) oleh setiap peringkat umur disebabkan kemudahan internet serta infrastruktur IT yang baik. Tanpa kemudahan internet yang pantas dan infrastruktur IT yang baik, tiadalah mungkin kita dapat melahirkan bakat-bakat berkenaan sedari awal usia muda lagi.

8. Penulisan ini dibuat dengan good faith.

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.