Tag: MedTweetMY

Sesi Zoom Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan MedTweetMY berkenaan Vaksin COVID-19

  1. “Vaccine distributive justice” dan “vaccine equity” banyak tidak diamalkan di negara-negara maju, dan kita tidak mahu perkara sama berlaku di Malaysia apabila terlalu ramai orang kenamaan lompat “queue” bagi mendapatkan vaksin lebih awal.

  2. Menjadi agenda penting Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 esok bagi membincangkan semula definisi ‘frontliners’ yang diberikan prioriti dalam menerima vaksin COVID-19.

  3. YB Khairy membuat “judgement call” supaya Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen diberikan vaksin lebih awal, secara beransur-ansur untuk elak “transmission” berlaku apabila mereka bertemu rakyat.

  4. Cadangan pindaan terhadap Ordinan Darurat akan dibuat bagi mengenakan denda terhadap “queue cutters”, yang mana kini berada di bawah prerogatif YB Menteri Kesihatan.

  5. Terdapat cadangan supaya Kerajaan memberikan elaun kepada penerima vaksin. Namun pemberian berkenaan secara dasarnya akan memberikan mesej yang salah terhadap tujuan asal vaksin diberikan kepada rakyat.

  6. KKM akan pantau Adverse event following immunization (AEFI) – kesan sampingan pasca vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera, dan Kerajaan akan tanggung kos rawatan pesakit jika dimasukkan ke hospital, dan kematian jika berlaku di bawah COVID-19 Injury Insurance Scheme (akan diumumkan kemudian). Tetapi, ujian klinikal yang telah dibuat terhadap ribuan “sample” membuktikan bahawa hanya 4 daripada 1 juta akan ada kesan sampingan setelah divaksin. Rujuk pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan di sini (https://www.nst.com.my/…/only-4-1-million-develop-side…)

  7. Mengenai pasport vaksin – kebimbangan terbesar YB Khairy adalah ketidakadilan terhadap golongan yang memang tidak boleh terima vaksin (contoh; mempunyai alahan yang teruk setelah dos pertama, perempuan mengandung, dan mereka yang sedang menyusukan bayi).
    Selain itu, Malaysia masih dalam proses perbincangan dengan negara-negara lain (Singapura contohnya), bagi memastikan mereka iktiraf legitimasi sijil digital vaksinasi kita.

  8. Dalam proses rundingan vaksin, pengeluar vaksin mengakui bahawa Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) menjalankan penilaian terhadap ubat-ubatan yang masuk ke Malaysia dengan sangat ketat, yang mana mereka perlu submit pelbagai dossier kepada NPRA untuk memenuhi keperluan-keperluan penilaian.

  9. Setelah mendapat nasihat NPRA, barulah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan membuat keputusan sama ada ubat-ubatan yang dibawa masuk boleh digunakan ataupun tidak. Bagi memelihara integriti keputusan yang dibuat oleh NPRA, Menteri sendiri tidak ada akses terhadap Pengerusinya.

  10. Mengenai vaksin Sinovac – kita bawa masuk secara pukal dari China, dan masih dalam penilaian NPRA. Pharmaniaga, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera diberikan kontrak bagi melaksanakan proses “fill and finish” sebagai pendedahan awal agar dapat jadi portfolio mereka bila nak buat proses yang sama terhadap pengeluar vaksin lain.

  11. Kaedah pendaftaran vaksin akan diperluas setelah 5 Mac, agar tidak terhad kepada platform MySejahtera semata-mata. Penerima berkelayakan boleh mendaftar melalui halaman rasmi Program Imunisasi Kebangsaan (vaksincovid.gov.my), ataupun melalui call-centre yang akan diumumkan kelak. Selain itu, Kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif dalam menyantuni rakyat yang berada di pedalaman melalui khidmat door-to-door registration.

  12. Menyangkal teori konspirasi dan menyifatkannya tidak berasas, YB Khairy menyebutkan bahawa pandemik kali ini diiringin dengan infodemik – sekiranya kita gagal menangani falasi-falasi Sains, kita akan kalah dalam melawan pandemik.


    Terima kasih Dr Adwin Zainal dan team Medtweetmy kerana menganjurkan sesi malam ini. YBM seems very well-versed in answering every questions put up by the audience. Semoga awan mendung berlalu pergi, membuka lembaran baharu untuk Malaysia selepas sebahagian besar populasi kita menerima vaksin. Take the vaccine. Lindungi diri, lindungi semua.

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.