Bantuan Kecemasan YPH #benderaputih ?️
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Situasi kini kian sukar, terutama sekali bagi peniaga dan penduduk yang terjejas dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Yayasan Pendidikan Hidayah, sebuah Yayasan yang berpangkalan di Skudai, Johor hari ini mengumumkan Kempen Bantuan Kecemasan YPH yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas. Untuk yang memerlukan, isi borang yang disediakan, dan insya-Allah kami akan hubungi segera bagi melengkapkan keperluannya.
Bagi mereka yang ingin membantu, kami sangat alu-alukan sumbangan anda kepada Yayasan kami. Sumbangan kepada YPH layak menerima pengecualian cukai dari LHDN di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.
Nombor Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8482.
Tempoh kuatkuasa kelulusan: 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025
Menyemai empati, menabur bakti. Sebarkan kepada mereka yang memerlukan bantuan!