PdPR : Peluang terbaik untuk digitalisasi kebangsaan, jika…

1. Pada 21 Jun 2021, seorang pelajar berumur 17 tahun di Perak telah mengalami kecederaan teruk sewaktu beliau bergerak ke bandar bagi mendapatkan akses kepada internet bagi tujuan menghadiri kelas dalam talian (online class). Tulang paha Siti A’isyah telah patah dan menyebabkan beliau perlu menerima jahitan.

2. Juga pada 8 September 2020, The Star melaporkan bahawa Veveonah Mosibin, seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah mengambil peperiksaan dalam talian di atas pokok bagi mendapatkan talian internet.

3. Menurut Dr. Mohamed Awang Lah (kini Pengerusi Lembaga Pengarah MYNIC), Malaysia, sejak dahulu lagi, kita sudah ada pelbagai dasar bagi memperluas jaringan internet ke seluruh Malaysia – namun sehingga kini masih terdapat banyak kawasan yang tidak mendapat akses kepada jaringan internet.

4. Jelas terbukti bahawa kewujudan banyak red tape dalam pembangunan jalur lebar kebangsaan telah melambatkan service delivery dan mempertingkatkan kos perkhidmatan jalur lebar di negara kita. Seharusnya when internet is already regarded as basic necessity, Kerajaan perlu intervene the process bagi memastikan akses kepada jalur lebar bukan lagi terhad buat golongan tertentu. Menurut Merten Reglitz, pensyarah Global Ethics di University of Birmingham, “The Covid-19 pandemic has shown us clearly that the Internet is no longer a luxury, a convenient enhancement for lifestyles for those who can afford it. Rather, Internet access has become a basic necessity.” (Rujukan : https://www.birmingham.ac.uk/schools/ptr/departments/philosophy/news/2020/reglitz-internet-access.aspx)

5. Di sini, kredit perlu diberikan kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo atas campur tangan terhadap Telekom Malaysia dalam memenuhi manifesto pakatannya sewaktu pilihanraya lepas telah menyebabkan kos perkhidmatan Unifi berkurangan, dan kelajuan internet dapat dipertingkatkan.

6. Pembelajaran dalam talian melalui platform Udemy, Laracast, Coursera dan sebagainya telah dijadikan bahan kempen oleh sesetengah ahli politik – di mana sebahagian menyatakan bahawa golongan belia mampu upgrade skills pengaturcaraan, pembangunan sistem, pengurusan server, dan kemahiran-kemahiran lain melalui platform ini secara dalam talian. Namun statistik menunjukkan bahawa penduduk luar bandar merangkumi 21.6% dari jumlah warga Malaysia (Afifah Suhaimi, 2020).

7. Pembuat dasar perlu sedar bahawa kemahiran-kemahiran ini tahap kesukarannya sama sahaja dengan kemahiran kejuruteraan lain, cumanya kemahiran pengaturcaraan dan kemahiran lain berkaitan IT serta dunia digital lebih mudah diakses (easily accessible) oleh setiap peringkat umur disebabkan kemudahan internet serta infrastruktur IT yang baik. Tanpa kemudahan internet yang pantas dan infrastruktur IT yang baik, tiadalah mungkin kita dapat melahirkan bakat-bakat berkenaan sedari awal usia muda lagi.

8. Penulisan ini dibuat dengan good faith.

Strategi kepimpinan Apple Inc.

Hari ini Apple menganjurkan WWDC, sebuah developer event untuk memperkenalkan feature baharu iOS, iPadOS dan macOS. Terpana dan teruja. Sebagai Muslim, kita tahu bahawa di sebalik kehebatan inovasi manusia, wujudnya tanda-tanda kekuasaan Allah swt.

Saya suka meneroka leadership strategy di sebalik sesebuah organisasi yang berjaya. Figured out this list dalam web Apple (klik : https://www.apple.com/leadership/). They’re all cream of the cream – the best in their particular fields.

May be an image of text that says 'Apple Leadership Board of Directors Arthur D. Levinson, Ph.D. Chairman Board, Apple Former Chairman and CEO Genentech James Bell Former CFO and Corporate President The Boeing Company Tim Cook CEO Apple Andrea Jung 7 President and CEO Grameen America Inc. Albert Gore Jr. 7 Former Vice President of the United States Monica Lozano President and CEO College Futures Foundation Ronald D. Sugar, Ph.D. Former Chairman and CEO Northrop Grumman Susan L. Wagner Co-Founder and Director BlackRock'

Secara peribadi, saya cuba fikirkan sebab mengapa mereka letakkan Al Gore (former US Vice President) sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Kemudian saya sedar, sebagai sebuah syarikat yang constantly growing, untuk sustain, Apple perlu buat calculated risk dalam decision making – dari pelbagai aspek. To mention a few – geopolitics, economics, finance, technology readiness dan lain-lain lagi. Semestinya full overview untuk perkara-perkara ini ada pada seorang negarawan.

Menjadi kebiasaan Apple inginkan perfection dalam semua perkara, bermula dari earnings, ke product development, staff perks sehingga public communication. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Apple adalah Andrea Jung, Presiden dan CEO Grameen America. Grameen America merupakan syarikat yang dipengerusikan oleh Prof. Muhammad Yunus, seorang Nobel laureate dan pengasas Grameen Bank.

His biggest mission is to eradicate poverty through micro-financing. Beberapa tahun lepas saya berkesempatan menghadiri syarahan beliau di Sunway – beliau bercerita mengenai usahanya provide microcredit loans di negara beliau, Bangladesh agar perniagaan komuniti setempat dapat dibangunkan. Usaha beliau membina Grameen Bank dan idea-idea ekonomi beliau melayakkan beliau terima Nobel Peace Prize pada 2006.

Pendek kata, walau dalam usaha amal kebajikan sekalipun (yang mungkin kadang syarikat-syarikat tertentu terlepas pandang), Apple pilih the best advocate. A great institution is built by having great minds on board. A great nation was built through the same method too.

May be a cartoon of 3 people and text that says 'WWDC'

Cara Memindahkan Arkib Mesej dari WhatsApp ke Telegram

Melalui kemaskini terbaharu Telegram, perbualan kita di WhatsApp boleh dibuat salinan sandaran (back-up) ke Telegram, berbanding sebelum ini, perbuan hanya boleh dieksport dalam format .txt. Berikut adalah kelebihan melaksanakan salinan sandaran ke Telegram;

  • Boleh retrieve perbualan kita di mana sahaja melalui Telegram, walaupun tukar telefon bimbit, asalkan nombor telefon masih milik kita.
  • Selalunya bagi pengguna iPhone, sekiranya kita format telefon, kita tak ada pilihan lain kecuali back-up di iCloud. Tapi dengan adanya option ini, kita ada alternative way yang percuma untuk back-up.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pemindahan. Tutorial ini adalah untuk pengguna iPhone. Secara prinsipnya, kaedah untuk pengguna Android juga tidak banyak berbeza.

  1. Pilih perbualan yang kita ingin buat salinan sandaran dan klik pada nama kenalan berkenaan. (Gambar ini saya buat salinan sandaran untuk perbualan peribadi).
  2. Klik “Export Chat”
  3. Di sini, ada dua pilihan – sama ada kita nak sertakan sekali gambar/video yang terdapat dalam perbualan atau sebaliknya.
  4. Klik ikon Telegram.
  5. Telegram akan minta pilih perbualan mana di Telegram yang anda ingin gunakan untuk muatkan perbualan WhatsApp yang diimport ini. Cara alternatif adalah membuat kumpulan baharu (create new group) untuk memindahkan perbualan berkenaan.
  6. Tunggu dalam 30 saat – bergantung kepada saiz dokumen eksport anda.
  7. Tada.. import dah siap.

Selamat mencuba!

Ingin berbincang mengenai peluang kerjasama, pembangunan laman web dan perkongsian?

© Muhamad Firdaus Ali.