Hari ini saya berpeluang menghadiri syarahan perdana oleh YBhg Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Raja-Raja Mengenai Hal Ehwal Islam dan Felo di Oxford University anjuran JKKN di MaTIC Jalan Ampang.
Beliau berkongsi mengenai kepentingan mengekalkan adat setempat dalam pengamalan agama Islam dalam kehidupan. Memetik kata hukama’, hukum bersendi adat, adat bersendi hukum; antara lain membawa konsep Islam sebagai sungai yang jernih, mengalir dan mencerminkan “bedrocks” yang terdapat di bawah sungai di suatu tempat itu.
Dr Afifi juga membawa satu kaedah syarak iaitu ترك العادة عداوة; to leave and to not respect the local culture will lead to unintended consequences. Secara dasarnya, adat perlu dihormati selagi mana tidak bertentangan dengan syari’at.
Islam is a culture-friendly religion. In fact, Islamic civilisation tried to struck equilibrium between two things, which are “háqq al-abadi” (timeless truth) and “jamalu al-dunya” (temporal beauty).
Syarahan Dr Afifi hari ini benar-benar membuka mata kita tentang kepentingan cari, faham dan pelajari the real knowledge about Islam. And everything starts with the first Revelation, “Read, in the name of Allah, who creates you” (Al-‘Alaq : 1). Di pertengahan syarahan beliau, Dr Afifi quoted from al-Ghazali rahimahullah,
“Human are enemies of what they are ignorance of”
We can see what happened today, when the fake ‘ulama’ shared fake knowledge, commenting on what is not in their field. Sedangkan Islam itu bawa keluar manusia dari zhulumàt (kegelapan) kepada nur (cahaya), bukan sebaliknya. Kadang-kadang, ada antara kita sewenang-wenangnya meletakkan label “sesat”, “wahabi” dsb pada perkara yang kita tidak ada ilmu pun tentangnya.
There are much more things shared by Dr. Afifi al-Akiti today; but one of the best point I listened from YBhg. Dato’ is to preserve our culture, because the local culture is the basis of hukum (syara’).